Tuesday, September 21, 2010

Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat & Sambutan Hari Raya Aidilfitri


Sabtu, 18 September 2010 - Majlis Bacaan Yassin, Solat Hajat untuk calon UPSR telah diadakan di Masjid Kg. Nuri dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2010 telah di adakan di SK Dato' Undang Kamat. Ahli jawatankuasa Majlis ini telah bekerjasama bagi menjayakan program ini, dan beberapa orang penduduk Kg.Nuri turut menyumbang tenaga untuk memastikan program ini lancar seperti yang dirancang.

Majlis Perasmian Penutupan Program Kemerdekaan SKDUK 2010



Jumaat, 17 September 2010- Bertempat di dewan SK Dato' Undang Kamat, telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Program Kemerdekaan SKDUK 2010. Pelbagai acara telah diadakan antaranya nyanyian lagu kebangsaan, mendeklamasikan sajak berkaitan kemerdekaan, dan pelbagai acara yang lain. Sebelum itu, pelbagai pertandingan telah diadakan antaranya pertandingan melukis, mewarna, sajak, buku skrap serta menonton tanyangan cerita dan dokumentari yang berkaitan kemerdekaan. Hasil kerjasama semua warga SKDUK, majlis ini berjalan dengan lancar seperti mana yang dirancang. Walaupun warga SKDUK tidak ramai, tetapi semuanya bersama-sama berganding bahu menjayakan majlis ini.Semoga sambutan kemerdekaan akan datang lebih meriah dengan pelbagai aktiviti dan lebih banyak maklumat boleh diperolehi. -Salam 1 Malaysia-

Tuesday, November 3, 2009

KARNIVAL DAN SUKANEKA SKDUK 2009


KHAMIS, 22 Oktober 2009- Karnival dan sukaneka telah diadakan di padang SK Dato' Undang Kamat jam 2:00 petang dan berakhir jam 6:00 petang. Pelbagai acara telah dirancang dan turut melibatkan penyertaan ibu bapa murid. Program ini telah dirasmikan oleh Dato Baginda Tan Mas, Dato' Muhammad b Hj. Abdullah, Timbalan Undang Luak Johol.Pihak sekolah berbesar hati di atas kesudian Dato Baginda Tan Mas hadir memberi sokongan.

RIMUP 2009


KHAMIS, 29 Oktober 2009- Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) telah dianjurkan oleh 3 buah sekolah iaitu SK Dato' Undang Kamat, SJKC Yoke Hua dan SK Nuri bagi melambangkan konsep 1 Malaysia yang disarankan oleh kerajaan. wujudnya program RIMUP ini mendorong murid-murid bergaul sesama mereka serta saling menghormati budaya dan kaum lain. Program ini dijalankan di Dataran SK Nuri bermula dari 7:45 pagi hingga 1:00 petang. Pelbagai aktiviti telah dirancang antaranya persembahan tarian,nyanyian,pertunjukkan fesyen,seni mempertahankan diri dan sukaneka. Hasil kerjasama semua pihak, program ini berjalan dengan lancar.

Thursday, May 21, 2009

Pada 21 Mei 2009 , Khamis ,semua GPM PKG Johol menghadiri kursus pembinaan Adobe Photoshop di PKG Johol dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Thursday, April 16, 2009




Khamis, 16 April -Bengkel Pembangunan dan Penggunaan Laman Web Sekolah di PKG Johol pada 16 - 17 April 2009.